Friday, December 11, 2009

New hobby...

Salam..

Yeayyy..

at last..

aku ada hobi baru selain facebook'ing..




haaaa...

tu la hobi baru aku..

baca novel..
aku start awal bulan ni.

masuk bulan ni dah 2 novel aku baca, yang dlm plastik tu baru beli siang td dari MPH.

eventhou agak lama utk aku menghabiskan sesatu novel tu (bila zarra tidur je dapat baca ;))
tapi aku puas hati coz sekurang2nya aku masih lagi punya minat utk membaca, walaupun ianya novel.. dulu mangga, hai, urtv..tp tu sumer xleh emosi2, novel best,boleh emo2 sikit..huhuhu

so, now zarra dah tidur..hubby x balik dr kl lg, so time layan novel pulak.

hehehe

Monday, December 7, 2009

Assalamualaikum..


Its just a quick update.

To sharing sumthing for you guys!

Actually, aku snap all this pic lepas aku abis solat maghrib.. siZarra x habis2 tegur aku bila aku pakai telekung. So, habis je solat.. aku terus amik telekung dia.. then aku dudukkan dia atas sejadah.. tout that she will bising2 or rimas2.. but suprisely dia dok mcm aku duduk.. siap nak pegang tasbih lagi.

Mmg sejuk perut ibu2 bila tgk anak dia pakai mcm ni :)

Jom layan all the lovely pics :p



cutekan?


kyusuk la kunun2 tu..





my baby zarra.. keep it up, sampai besar ye sayang.
enjoy2..solat jgn lupa ya nak :)







Tu aje..

Byeeeeeeeee :)

Thursday, November 19, 2009




Sebentar lg aku nak keluar jumpa dentist.. :((

Aku tau korang nak gelakkan aku. Kan?

Ha.ha.ha.
tapi apa nak buat..

Bukan!

Gigi aku bukan goyang, busuk atau nak dicabut.. Tu aku pun boleh buat sendiri kat rumah tau, stakat cabut2 ni no problem bagi aku! cewahhhhh!

Dulu bapak aku tolong cabutkan gg aku siap guna benang lagi.. x gentar ok. (tp meraung bila tgk kat kapas byk darah!)

x caya? Kalau x percaya sudah.

Problem kat sini, gigi aku ni berlubang. Diulang lagi sekali.. berlubang ok.

Masuk ni dah 2x, tp geraham yg berasingan.

Huhu.. aku dah bayangkan..

kompom ngiluuuuuuu..




uwaaaaaaa..

Wednesday, November 18, 2009

Help.! Help!


(gambar dari google yer, ni bukan TV sebenar)

Kalau korang nak tahu, hari ahad lepas, aku ada pengalaman paling "best" yang aku nak share dengan korang.

Ha?? citer pasal apa weii?

Macam ni... selama aku hidup ini tak pernah lah pulak aku rasa takut macam ni. Kejadian tu jadi masa aku dengan Zarra tinggal kat rumah. Hubby aku pula, tak ada. Keluar pie buat Personal Coaching kat De Plama Hotel, Shah Alam.

Korang tau je la kan, dah seminggu tempat aku ni hujan. Kalau tak hujan lebat, hujan renyai-renyai. Kalau tak hujan, awan mesti mendung kelabu (berarak lesu.. cewaaahh)

Masa tu jam kat dinding dah nak dekat pukul 6.00 petang. Biasanya time-time macam ni, hubby aku mesti call kata dah otw nak balik ke rumah.

So, aku pun ready la, onkan lampu dapur (maklumlah dah nak malam) dan masa tu TV aku masih lagi menyala.

Untuk pengetahuan korang juga, kalau aku tak ada kerja, memang boleh dikatakan hari-hari aku mengadap TV. Ceriter kat TV pula macam-macam ada.....

Agaknya dah sampai hajat TV ini dah "tukar baru", apa lagi...

TER BIZZZTTTTTTTT.. TER BOOMMMMMMMMM....

macam nak meletup kau!

Aku punya la takut masa tu, dah la hubby aku tak ada kat rumah. Kat sapa aku nak mintak tolong. Anak aku pula terpinga-pinga depan TV, dok pelik pasal apa TV jadi lagu tu?

Takut, Seram, Cuak.. macam-macam aku dok pikir masa tu...

Pa lagi...

Aku jerit la mintak tolong kat jiran! TOLONG! TOLONG.. sekali lagi... TOLONGGGGGG!!!

Selamba je jiran sebelah aku buat DUNNO.. EK ELLEEHHH..

Ingat aku main-main ke apa?

Kat depan rumah aku ni, kebetulan ada kontraktor indon sedang bersiap-siap nak BLAH dari aktiviti kontraknya tu.. huihhhh..

Mintak tolong dengan dia je la..

Mula-mula nak suruh mamat indon ni panjat je pagar rumah aku ni, masuk dalam rumah suruh buat apa yang patut...

Pikir-pikir balik, bahaya pula. Kang jadi apa2 kat aku lak? naya jeee..
Tapi, kalau tak suruh indon ni tolong aku, kang terbakar RENTUNG pula aku anak beranak..

Walawehhhh...

TOLONG... TOLONGG.. TV saya nak MELETUP!!

Indon tu terpinga-pinga sambil datang kat pagar rumah aku sambil tanya..

Mamat indon: Kenapa kak?

Aku jawab: TV saya ada bunyi bising, mungkin short circuit kot.

Mamat indon: Takpa, saya cabut kabel kat depan pagar ni, nanti abg balik suruh dia pasang yea..

GELAP!!! - elektrik kat rumah semua down! SELAMAT!

Fuhhh.. nasib la ada hero dari Indon yang datang selamat. Orang Malaysia tak berani jadi HERO ke? (sambil jeling kat jiran sebelah) hahaha

- Pukul 6.30 ptg baru hubby aku sampai kat rumah. Dengan muka selamba dia cakap; "dah terbakar ke belum"

AMPEHHHHH...

Pengajaran yang aku dapat dari citer ni: Jangan bermain API (Elektrik) hehehehe


Saturday, November 14, 2009



Memang tak keterlaluan kan kalau aku kata aku nangis malam tadi sebab baru kehilangan pet yang baru aku bela seminggu!

Yea.. selama ni mmg aku jenis seorang yang pengeli a.k.a alergi bila aku tgk haiwan jenis ni..tambahan bila tgk dia dtg sambil mengesel2 kat kaki kita, silap2 mau melayang aku tertendang.

Tapi baru2 ni.. ada seekor kucing yang selama ni bunting telah melahirkan 3 ekor anaknya di kwsn rumah aku.. nak dijadikan citer, laling telah mengambil ke3 ekor sambil bertanya samada aku nak bela atau tidak.. aku just ckp xnak sambil letak kembali anak2 kucing tu dlm kotak n letak balik kat luar.

Dan sambil tu kami sekeluarga yg konon2nya beriadah sambil mencuci kereta menjeling2 kotak yg berisi anak kucing tu, dan mendapati satu demi satu anak kucing tu diambil hingga tinggal sekor yang tidak diambil oleh ibunya.

Lalu aku n laling pun bersepakat men'adopt' anak kucing tersebut n menamakannya 'DunhiLL'.
Petang itu juga kami 'bershopping' membeli keperluan DunhiLL seperti botol susu, susu, pasir, makanan, dan juga bekas tidurnya.

Tapi apakan daya... hayatnya hanya bertahan sehingga seminggu sahaja.. itupun atas kecuaian kami kerana petang sebelum DunhiLL mati, kami ke Vet n Doc cakap he is ok.

Aku x dapat menahan airmata.
Sebab walaupun still belum membuka mata, DunhiLL memang manja.

Kecuaian tu biar hanya aku n laling je yang tahu.

Mungkin juga kami tak sesuai membela pet.

Mungkin juga bukan rezeki dia hidup dalam keluarga ni.

:((

Friday, November 13, 2009

Assalamualaikum semua,

Mungkin yang menjenguk blog ini fikir aku dah tak minat nak berblog lagi. Maklumlah sejak mengerjakan ladang dan kedai makan kat Facebook, sampai lupa nak berblog kan?

Kalau korang ada facebook, mai la add aku www.facebook.com/nanacun

Untuk makluman korang, aku pun dah tukar nama blog aku. Mulai sekarang aku pakai domain sweetbabylady.blogspot.com

Jika korang nak add, boleh la add blog aku ni dalam list korang yea. Nanti aku add link blog korang pula kat sini.

Harap-harap blog ni tak la sampai berhabuk dan korang terbatuk-batuk!

Jumpa lagi! :D

Nana

Thursday, October 8, 2009

Im back....



Assalamualaikum,..Hi,.. Hello..

Im back!! .. at last!

Hmmm, dah lama sangat aku tak menjengah ke blog aku ni. Dah berdebu, berhabuk, dan bersawang dah.. tinggal lipas je takde. :D

Memang sejak pertengahan bulan puasa, membawa ke 2minggu hari raya, aku tersangatlah bz. Hanya tuhan je yang tahu.

Bermula dgn pindah masuk rumah baru,..berhari raya,.. open house sana sini.. Fuhhh!! memang aku jadi penat.

Btw, insyallah.. now onwards.. aku akan cuba mencuri waktu ( x berdosakan curi waktu).. untuk hapdet ini blog.

Story mory? Story mmg banyak, apa yg aku buat mmg x lupa punyalah nak snap pic.. tapi aku rasa tu semua dh jadi basi, sbb aku malas nak citer balik apa yg dah jadi. Hahahaha.

Takpe, nanti aku hapdet pelan2, modify apa yg patut n report kat korang yer.

hehehe..

Chiow.



p/s : my daughter, zarra dah tumbuh 1st teeth. hehehe

Friday, September 18, 2009




Dikesempatan ini..

Kami sekeluarga.. Nana, Shah and baby Zarra ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Minta ampun dan maaf jika selama berblog ini aku ada tersalah kata atau terkasar bahasa dengan semua, harap dimaafkan dari hujung kukuku yang panjang ini hingga ke hujung kakiku yang comel ini.

Kepada yang hendak, sedang atau baru nak plan balik kampung, tu pandulah dan tungganglah dgn berhati2.

daaaaaa...

Wednesday, September 16, 2009



Maafkan aku semua..

Sekali lagi aku tak dapat nak update blog ni sekerap dulu..

kerana, aku sedang sibuk berpindah rumah.

Maklumlah, semenjak takde orang gaji ni.. semua kerja aku yang buat. Nak upah org dtg cleaning, semua reject pulak sebab dah nak raya, so nampak gayanya terpaksalah aku yang jadi bibik.. segala benda aku n laling je yang buat.. dari berkemas, packing barang2 dr rumah lama, sehingga masuk cuci rumah baru, unpacked and what so ever kerja berkaitan dgn pindah memindah.

Tu belum masuk bab Zarra lagi, maklumlah..dia kan mandur a.k.a tuan besar.. so nak kena layan dia lagi, bila meragam nak susu je, berlari2 aku dapatkan dia sambil selak baju.. hmmm.. korang dah boleh bayangkan my situation kan?

Dan dikesempatan ini..

aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Sekian, terima kasih.

Saturday, September 5, 2009

Salam..

Bersiaran langsung dari Hang Tuah Walk Melaka..

minum2 bersama laling and friends..

tadi gathering berbuka puasa bersama ex-kym melaka at Quayside & Seafood Restaurant..

will update later.

daaaaaa....